Ramai yang salah anggap bila menganggap makanan tambahan/supplement adalah bahan utama bagi membina badan dan mengabaikan makanan utama seperti nasi, ayam, daging, telur, ikan, kentang dan sebagainya.
Berikut merupakan beberapa makanan tambahan/supplement yang biasa digunakan dalam bina badan:
Fat Burner
Fat burner atau pembakar lemak digunakan dalam proses membakar lemak di dalam badan. Fungsi utamanya adalah meningkatkan kadar metabolisma badan supaya proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat dan efektif.
PERINGATAN: HARUS DIINGAT BAHAWA FAT BURNER SESUAI BAGI SEMUA ORANG ASALKAN TIDAK MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN WALAUBAGAIMANAPUN, JIKA ANDA RASA TIDAK YAKIN BINCANG DENGAN DOKTOR MENGENAI KANDUNGAN DI DALAM FAT BURNER.
![]() |
| Nutrex Lipo 6 Ulta Concentrate |
Whey protein atau selalu yang orang panggil "minum protein". Protein ini juga bukan merupakan bahan utama dalam bina badan malah tidak ramai yang menggunakan whey protein dalam membina badan memandangkan kos yang agak tinggi tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya whey protein merupakan sumber protein yang murah berbanding makanan biasa, mari kita kaji;
Harga sebalang protein RM158
Jumlah hidangan setiap balang, 60 hidangan
Jumlah protein setiap senduk, 25g
Jadi harga bagi setiap senduk (25g protein);
RM158 / 60 = RM2.63
Jika anda mengambil satu senduk sehari anda dapat jimat DUA bulan.
Adakah berbaloi menggunakan whey protein? Ya jika anda kekurangan keperluan protein DAN anda mempunyai pembelanjaan yang cukup. Whey protein juga sesuai digunakan sebagai makanan gantian/meal replacement product(MRP) DENGAN syarat anda benar-benar sibuk sehinggakan sering terlepas waktu makan anda.
Branch Chain Amino Acid (BCAA)
Branch Chain Amino Acid (BCAA) merupakan acid yang terdapat dalam protein sebenarnya, jadi jika anda mempunyai jumlah protein yang cukup anda tidak memerlukan BCAA sebagai makanan tambahan. Tetapi kenapa ramai yang menggunakan BCAA? BCAA terdiri daripada 3 rantaian utama yang sangat diperlukan dalam membina otot dan memelihara otot di dalam badan iaitu, L-leucine, L-valine, & L-isoleucine. Antara ketiga-tiga rantaian asid tersebut L-leucine merupakan bahan utama dalam membina otot yang baru dengan fungsinya mempercepatkan protein synthesis iaitu proses menjana protein bagi membina otot dan membaiki otot yang koyak semasa latihan.
PERINGATAN: Dalam memilih BCAA harus di ingat nisbah merupakan salah satu kriteria dalam memilih produk BCAA dan dos yang dicadangkan adalah 3.5g L-leucine.
Berikut merupakan makanan tambahan yang selalu digunakan, post akan datang akan dibincangkan lagi beberapa makanan tambahan yang diambil seperti creatine, testosterone booster, glutamine & lain-lain.
Jumlah hidangan setiap balang, 60 hidangan
Jumlah protein setiap senduk, 25g
Jadi harga bagi setiap senduk (25g protein);
RM158 / 60 = RM2.63
Jika anda mengambil satu senduk sehari anda dapat jimat DUA bulan.
Adakah berbaloi menggunakan whey protein? Ya jika anda kekurangan keperluan protein DAN anda mempunyai pembelanjaan yang cukup. Whey protein juga sesuai digunakan sebagai makanan gantian/meal replacement product(MRP) DENGAN syarat anda benar-benar sibuk sehinggakan sering terlepas waktu makan anda.
Branch Chain Amino Acid (BCAA)
Branch Chain Amino Acid (BCAA) merupakan acid yang terdapat dalam protein sebenarnya, jadi jika anda mempunyai jumlah protein yang cukup anda tidak memerlukan BCAA sebagai makanan tambahan. Tetapi kenapa ramai yang menggunakan BCAA? BCAA terdiri daripada 3 rantaian utama yang sangat diperlukan dalam membina otot dan memelihara otot di dalam badan iaitu, L-leucine, L-valine, & L-isoleucine. Antara ketiga-tiga rantaian asid tersebut L-leucine merupakan bahan utama dalam membina otot yang baru dengan fungsinya mempercepatkan protein synthesis iaitu proses menjana protein bagi membina otot dan membaiki otot yang koyak semasa latihan.
PERINGATAN: Dalam memilih BCAA harus di ingat nisbah merupakan salah satu kriteria dalam memilih produk BCAA dan dos yang dicadangkan adalah 3.5g L-leucine.
![]() |
| Inenr Armour BCAA Peak - Leucine Loaded Kandungan Leucine tertinggi di pasaran, 6.2g |


