Tuesday, August 20, 2013

Ketogenic Diet - Senjata Terunggul Dalam Menurunkan Peratusan Lemak (Fat loss)

Ketogenic diet dikenali sebagai diet yang merangkumi 70% diet anda daripada lemak (lemak sihat, monounsaturated fat) dan 25% diet anda daripada protein, dan 5% daripada karbohidrat.



Ape????? Kau gila ke nk mkn makanan berlemak ni weyyy????!!! HAHA mentality manusia, bila lemak maknanya tidak sihat, cepat gemuk, mati cepat, dan sebagainya. TIDAK! Satu perkara yang anda perlu ingat bahawa badan manusia memerlukan tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian dan bersenam. Sumber tenaga utama bagi badan adalah glycogen iaitu daripada karbohidrat yang kita makan.

Apabila kita mengamalkan ketogenic diet badan kita akan kekurangan sumber karbohidrat bermakna badan kita akan lemah tanpa glycogen dan sehingga satu tahap badan akan berada dalam keadaan KETOSIS. Adakah ketosis ini buruk? TIDAK! Ketosis merupakan fasa di mana badan anda akan menukar sumber tenaga daripada glycogen kepada ketones iaitu tenaga hasil daripada lemak.

Jadi bagaimana hendak tahu jika badan kita berada di dalam ketosis? Antaranya kita boleh mengesan melalui air kencing dengan menguji menggunakan ketostix atau keto strips.

Ketostix; warna unggu menunjukan badan anda
dalam keadaan ketosis.
Jadi apa yang anda perlu makan semasa mengamalkan ketogenic diet? Lihat piramid makanan di bawah;

Piramid makanan bagi ketogenic diet berbeza dengan
diet seimbang yang biasa kita lihat.

TIPS: bagi telur, jangan buang telur kuning semasa masak. Ramai yang katakan telur kuning tidak baik, mempunyai kolesterol yang tinggi tak baik untuk jantung dan sebagainya, TIDAK! Perlu diingta badan kita menghasilakn testosterone, hormon lelaki daripada kolesterol yang kita ambil malah kuning telur juga mengandungi Omega-3 yang baik untuk jantung, hati dan sendi.

Goodluck!

No comments:

Post a Comment