Weight Loss
Weight loss adalah process dimana individu membuat senaman cardio atau apa jua senaman bagi mengurangkan berat badan. Ya bagus tetapi harus diingat mengurangkan berat badan tidak semestinya lemak anda akan berkurang, apa sebenarnya yang berlaku adalah otot anda menjadi kecil kerana badan anda tidak mendapat nutrisi yang secukupnya sebagai contoh anda mengurangkan kadar pemakanan dan bukan dengan cara yang betol seperti low carb diet, keto diet, dan atkin diet.
Fat loss
Fat loss pula adalah proses pengurangan peratusan lemak dalam badan dan bukan jisim otot. Bermakna, anda tidak akan kehilangan otot dengan cara mengurangkan badan malah anda hanya mengurangkan peratusan lemak. Adakah ini bagus? Ya, bagi pendapat saya jika kita dapat mengurangkan peratusan lemak definisi otot badan kita akan lebih terserlah kerana lapisan lemak yang berada di atas otot kita semakin kurang/nipis.
![]() |
| Perbezaan antara sama berat badan tetapi berbeza definisi badan |
![]() |
| Perbezaan lemak dan otot yang sama berat. Membuktikan lemak membuat kita besar tetapi lembik |
Tunggu post akan datang untuk mengetahui cara terbaik untuk Fat Loss (senaman, diet, dll).


No comments:
Post a Comment