Thursday, August 22, 2013

VERSUS - Anabolic Peak vs Serious Mass

Mass Gainer ataupun penaik berat (sungguh kelakar dalam bahasa melayu HAHA) adalah salah satu makanan tambahan yang di ambil oleh mereka yang kurus ataupun mahu menambah berat badan. Pasti ramai yang di luar sana terutama yang keding-keding, sedang-sedang, ataupun saje nak carik pasal naik kan berat memerlukan makanan ini bagi menambah berat mereka.

HARUS DI INGAT!!! Makanan tambahan ini juga bukan bermakna anda tidak perlu makan makanan asal seperti nasi, ayam, daging, telur, dan sayur-sayuran. Ramai yang gagal menaikkan berat badan dengan menganggap Mass Gainer mereka tidak bagus, tidak berkualiti, mahupun tidak memberikan apa-apa kesan.

Cara-cara menggunakan Mass Gainer:

  1. Mass Gainer berfungsi sebagai makanan tambahan bagi menaikkan kalori harian anda bagi mencapai calorie surplus iaitu kalori lebihan/tambahan bagi memastikan anda naik berat badan dengan sistematik.
  2. Jenis Senaman juga memainkan peranan dalam menaikkan berat badan anda. Sebagai contoh, anda banyak melakukan senaman isolation seperti bicep curl, tricep extension, leg cul, hammer strength row, dan seumpamanya. Anda HARUS! Melakukan COMPOUND MOVEMENT!
  3. COMPOUND MOVEMENT; senaman compound bermakna anda menggunakan lebih daripada satu bahagian otot dalam melakukan senaman tersebut seperti bench press, squats, deadlift, overhead press, barbell row, pull-up, dan dips.
  4. Hormonal Stimulation/Growth Stimulation merupakan satu perkara yang sangat penting dalam memastikan hormon anda iaitu testosterone aktif. Testosterone diperlukan dalam menbina otot bagi lelaki.
  5. Dapatkan nisbah makro-nutrisi yang sistematik. "bang2, sy amek protein 400g sehari utk besar, ok x?" Ramai yang masih tidak tahu cara sebenar mengira nisbah pemakanan dalam mencapai berat yang diingini. Jika berat anda 75kg maka dalam paun berat anda adalah 165lbs. Secara purata anda akan mengambil sebanyak 1 gram bagi setiap pound berat anda tetapi jika anda ingin menaikkan berat badan anda sewajarnya mengambil dalam 1.5 gram hingga 2 gram protein bagi setiap pound berat anda. JANGAN lupa karbohidrat juga, karbohidrat memainkan peranan sebagai sumber tenaga anda DAN sebagai tenaga bagi membina otot baru dalam membina otot yang besar dan kuat. Nisbah karbohidrat-protein anda harus sistematik sepeti 1g karbohidrat dan 1.5g protein, 1g karbohidrat dan 2 gram protein. Agak susah untuk adjust nisbah ini tetapi ianya SANGAT PENTING kerana....
  6. Karbohidrat berlebihan akan menukarkan glycogen sebagai LEMAK!
  7. Motivasi; Motivasi dan DISIPLIN merupakan segala-galanya dalam membina badan. Ramai yang terkandas di tengah jalan kerana kurang disiplin dan motivasi.


Sekarang kita akan lihat perbandingan antara dua mass gainer yang sangat popular di kalangan body builder dan fitness athlete;



PEMENANGNYA......ANABOLIC PEAK oleh Inner Armour. Kenapa?
  1. Kalori dari lemak yang rendah berbanding Serious Mass
  2. Karbohidrat yang tinggi berbanding Serious Mass
  3. Kolesterol yang rendah berbanding Serious Mass
  4. Jumlah hidangan yang lebih berbanding Serious Mass
  5. Jumlah gula yang tinggi dan merupakan ASSET dalam melantunkan
    insulin (insulin spike) sejurus selepas bersenam.
  6. ...sebab botolnye besar! dan unik haha.
Apa pun pilihan anda, pastikan anda mengikut 7-Langkah seperti di atas bagi mencapai target berat anda.

Goodluck!

No comments:

Post a Comment